Google Docs
Pengenalan
Google
Docs merupakan sebuah web yang berbentuk office suite yang bergabung dengan
layanan Google Drive. Google Docs diperkenalkan pada 12 januari 2010 sebagai
aplikasi penyimpanan dengan memberikan ruang penyimpanan sebesar 1GB. Kemudian
ruang penyimpanan tersebut dipertingkatkan kepada kapsiti 15GB. Pada 24 April
2012, Google Drive muncul dan menggantikan peranan Google Docs sebagai
penyimpanan online.
Google Docs berfokus hanya pada pengolahan dan pengurusan
dokumen. Google Docs boleh digunakan untuk mngolah, membuat dan menyimpan
dokumen secara online.Google Docs boleh membantu pengguna membuat kerja-kerja
yang terbaik secara produktif dan inovatif
dari tempat kerja, sekolah atau rumah, atau dimana sahaja anda berada
dengan sambungan talian internet. Kita juga boleh membina berbagai projek dan
laporan hanya mengambil masa yang singkat dan mudah.
Itulah sebabnya hari ini
Google memperkenalkan teknologi dan inovasi seperti penggunaan Dokumen, Helaian
dan Slaid untuk anda lihat sendiri dan pelajari alat reka bentuk dan cadangan
penyelidikan supaya anda boleh membuat kerja dalam situasi persekitaran yang
lebih baik dan lebih cepat tanpa bersemuka, mengadakan perjumpaan atau
mesyuarat.
Dengan Google Docs, pengguna boleh menulis, mengedit dan bekerjasama
di mana sahaja anda berada. Secara percuma. Simpanan cloud telah menjadi trend
terkini dalam menguruskan memori bagi data yang disimpan. Salah satu aplikasi yang biasa digunakan
secara dalam talian adalah Google Drive. Google Drive adalah perkhidmatan
storan yang dimiliki oleh Google.
Buat
masa sekarang Google Drive boleh digunakan secara percuma dan berbayar. Bagi
perkhidmatan percuma, pengguna Google drive akan mendapatkan perkhidmatan
simpanan percuma sebanyak 15 GB, dan boleh ditambah dengan bayaran tertentu.
Google Docs adalah berfungsi sama seperti Microsoft Word atau aplikasi teks
yang lain, cuma Google Docs adalah aplikasi kemaskini teks yang boleh dilakukan
di dalam talian (online) atau di bawah talian (offline).
Comments
Post a Comment