Google Forms
Pengenalan
Google Forms adalah salah
satu aplikasi yang disertakan bersama Google Drive. Google Forms adalah borang maya yang
membolehkan pengguna mendapatkan maklumat-maklumat tertentu yang dikumpul dari
responden yang telah pengguna tetapkan. Contohnya apabila pengguna berkehendakkan maklumat berkenaan dengan maklumat
peribadi responden, pengguna boleh membina borang menggunakan Google Forms dan
disebar luaskan menggunakan peranti dan gajet terkini.
Pengguna boleh memasukkan maklumat yang dikehendaki dan
menghantar kepada pengguna dengan hanya menggunakan peranti telefon pintar dan
tablet. Aplikasi Google Forms berfungsi bagi memberi kelebihan kepada pengguna
dalam mengurus data serta berinteraksi dengan penggunaan. Beberapa perkara yang pengguna boleh buat
menggunakan Google Forms ialah membina borang undi, menguruskan
kehadiran, menghasilkan soalan kuiz, dan mengumpulkan data pengguna. Terdapat
banyak lagi aplikasi yang boleh digunakan sebagai borang maya.
Google Forms hanya salah satu darinya. Google Forms boleh dibina secara percuma dan
berfungsi bersama komponen-komponen Google yang lain seperti Gmail, Google
Adwords dan sebagainya. Dengan situasi semasa, serta fasa pandemik
Covid-19, banyak perusahaan ataupun individu menggunakan Google Form untuk
berhubungan dengan pelanggan atau pengguna.
Sebagai contoh, semasa fasa Pandemik
Covid-19, guru dan pelajar boleh nmenggunakan Google Form sebagai aplikasi
untuk membuat perhatian, kuiz atau soalan –soalan berkaitan pelajaran kerana
tidak dapat berjumpa di sekolah atau intitusi-intitusi pelajaran (IPTA-IPTS), dengan
menggunakan Google Form, Pengguna boleh membuat dan menganalisis tinjauan secara
lansung di peranti mudah alih ataupun Web tanpa memerlukan perisian khas dan
pengguna mendapat hasil segera untuk meringkaskan hasil keputusan tugasan dalam
carta dan grafik.
Comments
Post a Comment