Google Flight

Google Flights: Task flow and Design patterns | by Maggie Li | Medium

 

Pengenalan

Google Flights adalah perkhidmatan carian tempahan penerbangan dalam talian yang memudahkan pembelian tiket penerbangan melalui pembekal pihak ketiga. Inovasi Google Flight  membolehkan carian terbuka berdasarkan kriteria selain destinas, sebagai contoh, pengguna boleh mencari penerbangan dalam pelbagai masa dan belanjawan yang ditawarkan dan pelbagai pilihan destinasi Sebagai alternatif, pengguna boleh memilih destinasi, dan Penerbangan Google akan mengira setiap harga bagi setiap hari dalam 12 bulan akan datang, digambarkan dalam graf atau jadual. 
 
Ini membolehkan pengguna dengan mudah melihat tarikh paling murah untuk terbang ke destinasi. Perkhidmatan yang memfokuskan kepada penerbangan ini memudahkan pengguna membuat perancangan percutian mereka, dan membuat perbandingan penerbangan dan hotel terus melaluinya. Melalui Google Flights, pengguna hanya perlu memasukkan destinasi, dan ia akan memaparkan harga tiket penerbangan ke sesuatu lokasi, dan pengguna boleh membandingkannya daripada pelbagai syarikat lain termasuk AirAsia, Malindo Air, Malaysia Airlines dan yang lain. 
 
Pengguna juga turut akan dipaparkan dengan destinasi menarik yang boleh dituju berdasarkan kepada tempoh percutian mereka di lokasi berkenaan. Mereka turut boleh mengawal seperti tidak memperlihatkan tiket daripada sesuatu penerbangan yang tidak diminati , atau mengawal paparan harga tiket yang berharga hanya dibawah berapa ringgit sahaja. Google Flights turut akan memaparkan sama ada sesuatu penerbangan tersebut mempunyai WiFi dan palam kuasa dibawah tempat duduk atau sebaliknya. 
 
Bagi individu yang sering pergi bercuti di luar negara, mungkin boleh mula gunakan Google Flights dalam membuat carian yang bersesuaia dan turut menerima notifikasi di Google Now untuk pengurusan yang lebih efisyen.Google Flight juga menggunakan data penerbangan lama dan baru yang dikumpul, Google Flights akan menawarkan makluman kepada penumpang berupa informasi mengapa sesuatu penerbangan itu ditunda, seperti faktor cuaca ataupun kapal terbang lewat tiba.
 

Comments

Popular posts from this blog

Google Docs

Google Express